Prasekolah
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
- Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
- Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
- Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
- Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
- Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
- Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
- Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
- Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
KPM telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid-murid prasekolah iaitu peruntukan kewangan murid prasekolah KPM meliputi bantuan makanan dan bantuan per kapita (PCG).
Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM1.50 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan makanan berkhasiat kepada murid-murid prasekolah sahaja. Peruntukan Bantuan Makanan yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM300.00 setahun (RM1.50 X 1 murid X 200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM7,500.00 setahun (RM300.00 x 25 murid x 200 hari).
Manakala bantuan geran per kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). Bantuan ini digunakan bagi membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.
KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
VISI
"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"
MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
PEMILIHAN MURID :-
Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas-kelas prasekolah KPM
- Warganegara Malaysia sahaja. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidika (Penerimaan Masuk Murid Ke Sekolah, Penyimpanan Daftar Dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998-PU(A)275/98 dan dipinda oleh PU(A)445/07.
- Keutamaan kepada kanak-kanak yang berumur lima (5) hingga enam (6) tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.
- Keutamaan pemilihan adalah berdasarkan merit pendapatan ibu bapa/penjaga berdasarkan tanggungan keluarga dan lokasi.
- Jumlah maksimum bilangan murid bagi setiap kelas tidak melebihi 25 orang.
- Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.
Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan
6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah
BILANGAN KELAS PRASEKOLAH
Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.
MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH
Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;
1. Guru Lepasan Diploma
2. Guru Siswazah
BIL. | Negeri | Kelas |
1 | PERLIS | 63 |
2 | KEDAH | 458 |
3 | P. PINANG | 205 |
4 | PERAK | 624 |
5 | SELANGOR | 495 |
6 | W.P K. LUMPUR | 100 |
7 | NEGERI SEMBILAN | 227 |
8 | MELAKA | 163 |
9 | JOHOR | 684 |
10 | PAHANG | 518 |
11 | TERENGGANU | 355 |
12 | KELANTAN | 475 |
13 | SARAWAK | 833 |
14 | SABAH | 621 |
15 | W.P. LABUAN | 19 |
16 | PUTRAJAYA | 12 |
17 | JUMLAH | 5852 |
MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH
1. 27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.
2. 28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
3. 93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.
4. Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.
MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM
(Seperti pada 31 Januari 2007)
BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI
BIL. | NEGERI | MURID |
1 | PERLIS | 1280 |
2 | KEDAH | 9297 |
3 | P. PINANG | 4162 |
4 | PERAK | 12667 |
5 | SELANGOR | 10049 |
6 | W.P K. LUMPUR | 2030 |
7 | NEGERI SEMBILAN | 4608 |
8 | MELAKA | 3309 |
9 | JOHOR | 13886 |
10 | PAHANG | 10512 |
11 | TERENGGANU | 7207 |
12 | KELANTAN | 9643 |
13 | SARAWAK | 16873 |
14 | SABAH | 12542 |
15 | W.P. LABUAN | 386 |
16 | PUTRAJAYA | 234 |
JUMLAH | 118686 |
TALIAN UNTUK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN SEKOLAH
Unit Pengurusan Prasekolah
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
03-88849566
03-88849586
03-88849370
FAKS : 03-88849553/9315
No comments:
Post a Comment